Polis gagalkan cubaan edar 248 ketulan mampat ganja - Utusan Malaysia

Polis gagalkan cubaan edar 248 ketulan mampat ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Polis berjaya menggagalkan cubaan lima lelaki yang disyaki mahu mengedar sebanyak 248 ketulan mampat dadah jenis ganja dianggarkan bernilai RM630,250 selepas empat daripada mereka ditahan di Kedondong, Pokok Sena di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, sepasukan polis unit kereta Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar menahan kereta jenis Proton Waja dan Toyota Vios yang dalam keadaan mencurigakan di Kedondong.

Ketua Polis Kedah, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, pihaknya berjaya menahan empat lelaki berusia 20 hingga 42 tahun yang menaiki kereta Proton Waja, namun pemandu Toyota Vios terus memecut laju.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MPV bertindak mengejar sehingga kereta tersebut terbabas di tepi Jalan Pokok Sena, Kubur Panjang dan suspek didapati telah melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Kata beliau, hasil pemeriksaan pada Toyota Vios yang merupakan kereta klon itu menemui empat bungkusan mengandungi ganja di tempat duduk belakang dan dua lagi bungkusan di dalam but kereta.

“Pemeriksaan pada enam bungkusan itu menemui enam guni mengandungi sebanyak 248 ketulan mampat disyaki ganja dianggarkan seberat 252.16 kilogram,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini