[VIDEO] Najib, Rosmah sekali lagi dipanggil untuk soal siasat - Utusan Malaysia

[VIDEO] Najib, Rosmah sekali lagi dipanggil untuk soal siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi dipanggil untuk memberi keteranagan oleh pihak berkuasa.

Najib dipanggil memberi keterangan  untuk membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Beliau tiba  di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Menara KPJ di sini kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…
Romah tiba beri keterangan
ROSMAH Mansor tiba untuk memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini. – UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

Sementara itu, Rosmah pula dipanggil untuk memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lima hari selepas disoal siasat selama 13 jam oleh suruhanjaya itu.

Rosmah tiba dengan menaiki kereta jenis Proton Perdana pada pukul 10.42 pagi, beliau dilihat memakai baju kurung berwarna hijau muda serta berselendang dan terus memasuki ibu pejabat SPRM.

Rosmah beri keterangan SPRM
ROSMAH Mansor tiba untuk memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini. – UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

Barisan peguam Rosmah yang diketuai, Datuk K. Kumaraendran pula tiba lebih awal iaitu pada pukul 10 pagi.

Menurut sumber, Rosmah dipanggil oleh SPRM bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd. iaitu bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain kes penggubahan wang haram.

Rosmah masuk ke ibu pejabat SPRM
ROSMAH Mansor tiba untuk memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini. – UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

Ini adalah kali ketiga Rosmah dipanggil  untuk memberi keterangan, kali terakhir Rosmah hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan ialah pada 26 September lalu dan disoal siasat hampir 13 jam. 

Kali pertama Rosmah dipanggil memberi keterangan kepada SPRM ialah pada 5 Jun lalu dan disoal siasat lebih lima jam.

Sebelum ini, media melaporkan Rosmah mungkin berdepan sehingga 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan penggubahan wang haram. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini