Ajax ikat Bayern - Utusan Malaysia

Ajax ikat Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH 3 Okt. – Jaringan penyamaan Noussair Mazraoui pada babak pertama berjaya membantu Ajax mencipta kejutan selepas mengikat Bayern Munich 1-1 dalam aksi Liga Juara-Juara di Bavaria, semalam.

Selepas seri di laman sendiri kepada Augsburg sebelum dikejutkan dengan kekalahan 2-0 kepada Hertha Berlin minggu lalu, Bayern terus bergelut dengan masalah prestasi untuk menghadapi Ajax yang kekal di tangga teratas Kumpulan E.

“Perlawanan sukar pada hari ini, namun kami hanya menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan terakhir dan itu bukan tahap sebenar kami,” kata kapten Bayern, Manuel Neuer.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, jurulatih Bayern, Niko Kovac menuntut reaksi daripada pemainnya

Mats Hummels meledak gol pembukaan perlawanan seawal minit keempat namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Mazroaui menyamakan kedudukan pada minit ke-22.

“Kami bermula dengan baik namun kami membenarkan Ajax mengawal permainan. Komitmen pasukan bagus tetapi kami cuba menyerang terlalu cepat dan hilang kawalan bola dengan mudah,” kata pemain tengah Bayern, Thomas Mueller. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini