4 budak rindu rumah lari asrama - Utusan Malaysia

4 budak rindu rumah lari asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Empat kanak-kanak berusia sembilan dan 12 tahun menghuni Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti di Kepala Batas di sini yang melarikan diri dari asrama pada Ahad lalu ditemui di tiga lokasi di sekitar Alor Setar, Kedah semalam.

Empat kanak-kanak berkenaan berumur sembilan hingga 12 tahun.

Salah seorang daripada mereka ditemui dalam keadaan demam di sebuah rumah di Taman Selesa di Jalan Jerai pada pukul 4.30 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua dijumpai di Stesen Bas Shahab Perdana pada pukul 5 petang dan pukul 5.45 petang.

Kanak-kanak keempat ditemui di sebuah rumah kosong di Jalan Menanti pada pukul 5 petang.

Tiga daripada kanak-kanak berkenaan ber­asal dari Kedah manakala seorang berasal dari negeri ini.

Kesemua memberitahu mereka melarikan diri dari asrama Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti kerana terlalu rindu keluarga dan mahu pulang ke rumah masing-masing.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pasukan Ops Kesan kanak-kanak tersebut dimulakan pada pukul 12.30 tengah hari semalam selepas menerima laporan mereka menghilangkan diri dari asrama sejak tiga hari lalu.

Menurut beliau, siasatan ke atas keempat-empat budak ber­kenaan mendapati mereka mendakwa bertindak keluar dari Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti pada pukul 10 malam Ahad lalu dengan menaiki bas ke Alor Setar untuk bertemu ahli keluarga yang dirindui.

“Sebaik tiba di Alor Setar masing-masing tidak mempunyai wang yang mencukupi sehingga menyebabkan mereka tidak dapat pulang ke rumah masing-masing,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini