AirAsia lancar laluan Johor Bahru-Ipoh - Utusan Malaysia

AirAsia lancar laluan Johor Bahru-Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 1 Okt. – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) memperkenalkan laluan baharu dari Johor Bahru ke Ipoh bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Riad Asmat berkata, laluan terbaharu dengan penerbangan empat kali pergi balik dalam tempoh seminggu itu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).

Katanya, pelancaran laluan tersebut merupakan usaha berterusan AirAsia untuk menawarkan lebih banyak laluan domestik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berbesar hati untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Johor Bahru ke Ipoh yang merupakan sebuah destinasi yang dinantikan di dalam rangkaian laluan kami.

“Selain perkhidmatan terbaharu ini, kami juga telah memulakan penerbangan terus dari Johor Bahru ke Alor Setar pada hari ini dan yakin kedua-duanya akan menjadi destinasi popular untuk percutian dan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menyambut ketibaan 126 penumpang menerusi penerbangan AirAsia AK6082 di LTSAS di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing dan Ahli Lembaga Pengarah AirAsia, Datuk Aziz Bakar.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini