Klopp pertahankan Salah - Utusan Malaysia

Klopp pertahankan Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Okt. – Penyerang Liverpool, Mohamed Salah berjaya meledak 32 gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lalu bagaimanapun dia diramalkan tidak dapat

mengulangi kali ini.

Liverpool dilihat terpaksa berusaha keras bagi mencari gol di Stamford Bridge dan nasib menyebelahi mereka apabila The Reds berjaya menembusi gawang Chelsea menerusi jaringan Daniel Sturridge sekali gus kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Itu merupakan gol menarik yang dijaringkan oleh penyerang Liverpool tersebut apabila Sturiddge dimasukkan pada lewat permainan dan sekarang Liverpool boleh fokus kepada pertemuan menentang Napoli dalam aksi Liga Juara-Juara serta bertemu Manchester City bagi perlawanan EPL di laman sendiri, minggu depan.

Berbeza dengan Salah apabial penyerang Mesir itu beraksi di bawah tahap sebenar pada Sabtu lalu sebelum dibawa keluar pada minit ke-66 malah dia kelihatan tidak suka dengan keputusan pengurus The Reds, Jurgen Klopp yang mengeluarkannya. Tiada pemain yang mahu dikeluarkan dengan segera.

Bagaimanapun, Klopp mahu menjelaskan keadaan tentang prestasi pemain bintangnya itu pada Sabtu lalu.

“Mudah bagi saya kerana saya tidak membaca apa yang anda tuliskan namun pemain ada yang membacanya. Anda sedang lakukan pembedahan seperti doktor. Tikus besar dibedah, wow, anda pasti terjumpa sesuatu yang menarik.

“Pada penghujungnya selepas anda tulis apa yang anda mahu anda akan memohon maaf,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini