Kerajaan Kelantan usaha PPR untuk mangsa kebakaran Dusun Raja - Utusan Malaysia

Kerajaan Kelantan usaha PPR untuk mangsa kebakaran Dusun Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan akan cuba menempatkan semua mangsa yang rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Dusun Raja, Jalan Sri Cemerlang di sini semalam di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, buat masa sekarang kebanyakan mangsa menumpang di rumah saudara mara atau jiran.

Tindakan awal yang dilakukan buat masa ini adalah memberikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa melalui Tabung Serambi Mekah selain bantuan daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu, katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa dan lokasi kebakaran hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, sebanyak 20 rumah di kawasan setinggan itu hangus dan 10 daripadanya berpenghuni manakala selebihnya adalah rumah kosong.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membantu mangsa dengan membekalkan barangan keperluan seperti toto, selimut, tuala dan kain pelikat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini