Pegawai kanan bomba ditahan miliki dadah jenis syabu - Utusan Malaysia

Pegawai kanan bomba ditahan miliki dadah jenis syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ditahan polis kerana memiliki dadah jenis syabu dan didapati positif kerana mengambil dadah awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan pihak polis ketika berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Wangsa 5A, Bukit Antarabangsa di sini.

Suspek telah ditahan oleh anggota polis cawangan kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya  semasa mereka sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasil pemeriksaan di dalam beg yang dipakainya menjumpai satu peket lutsniar yang mengandungi serbuk berwarna dipercayai dadah jenis syabu dianggarkan seberat 0.8 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah menambah, setelah menjalani ujian saringan air kencing di IPD Ampang Jaya, dia disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek direman selama empat hari sehingga 3 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini