Lynas kesal terus dikritik - Utusan Malaysia

Lynas kesal terus dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 28 Sept. – Lynas Corporation Ltd. (Lynas) kecewa kerana operasi kilang itu di kawasan perindustrian Gebeng di sini terus menjadi sasaran kritikan pelbagai pihak selepas beroperasi sejak tujuh tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Amanda Lacaze berkata, kebanyakan kritikan dilemparkan adalah tidak tepat dan lebih bersifat mahu mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Kita sudah melakukan pelbagai penambahbaikan dari aspek operasi dan mematuhi setiap peraturan ditetapkan kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Komitmen Lynas sejak memulakan operasi di sini adalah jelas dan kami ingin menjadi loji memproses nadir bumi bertaraf dunia dengan menekankan aspek pengurusan sisa secara lestari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini