KUALA LUMPUR 28 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengenakan hukuman bunuh terhadap pesalah rasuah di negara ini.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull bagaimanapun berkata, hukuman itu mungkin tidak dapat dilaksanakan di negara ini berikutan kerajaan sekarang sedang dalam usaha untuk menghapuskannya.
“Saya sangat bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri kerana rasuah ini merupakan punca segala jenayah malay akan membawa kepada jenayah lain seperti judi haram, pelacuran, seludup pendatang asing tanpa izin, dan lain-lain.
“Memandangkan kerajaan sudah pun bercadang untuk menghapuskan hukuman tersebut, saya cadangkan agar pesalah rasuah ini dikenakan hukuman sebat supaya dapat menimbulkan keinsafan di dalam diri mereka,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menjadi tetamu program temubual di Radio Bernama dekat Wisma Bernama di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











