MyCC lantik Mohd. Hishamudin sebagai Pengerusi baharu - Utusan Malaysia

MyCC lantik Mohd. Hishamudin sebagai Pengerusi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) melantik bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd. Hishamudin Md Yunus, sebagai pengerusi baharunya yang berkuat kuasa pada 5 September lalu.

Dalam kenyataan hari ini, MyCC berkata, Mohd. Hishamudin mempunyai pengalaman 45 tahun dalam bidang perundangan dengan berkhidmat sebagai hakim di Mahkamah Rayuan, Ketua Pendaftar Mahkamah Agung, Peguam Kanan Persekutuan dan Presiden Mahkamah Sesyen.

Sementara itu, suruhanjaya itu juga melantik Datuk Mohd. Jamal Sulaiman, bekas pengarah kanan Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai anggota suruhanjaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengetahuan dan pengalaman beliau dalam merancang projek pembangunan akan membantu suruhanjaya mengenal pasti tingkah laku anti-persaingan dalam industri,” katanya.

Menurut Akta Suruhanjaya Persaingan 2010, ahli Pengerusi dan Suruhanjaya dilantik oleh Perdana Menteri atas nasihat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 (CA 2010), MyCC ialah badan bebas yang bertanggungjawab menguatkuasakan CA 2010 untuk menggalakkan persaingan sihat untuk kepentingan perniagaan, pengguna dan ekonomi negara. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini