Rancang serang bangunan, dua rakan dijel - Utusan Malaysia

Rancang serang bangunan, dua rakan dijel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Dua rakan masing-masing dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan merancang melakukan serangan di sebuah bangunan di Johor Bahru, Johor, tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut selepas juruteknik, Nik Muhamad Zaini Nik Hassan, 37, dan pengawal keselamatan, Ismadi Md. Nor@Ismail, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melibatkan diri dalam persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas iaitu menyerang sebuah bangunan beralamat No. 1, Jalan Abu Bakar di Johor Bahru, Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nik Muhamad dan Ismadi didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai makan di Jalan Kemboja, Kampung Dato’ Sulaiman Menteri, Johor Bahru, Johor di sini antara 11 Disember 2017 dan 31 Januari lalu.

Pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh yang diwakili oleh peguam Sukhaimi Mashud dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry mengikut Seksyen 130JD(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini