Claye bersih doping - Utusan Malaysia

Claye bersih doping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Sept. – Pemenang tiga pingat Olimpik, Will Claye dibebaskan daripada salah laku doping selepas didapati ujian positif doping itu terdapat dalam daging tercemar yang digunakan di Mexico, menurut satu kenyataan Agensi Anti Doping Amerika Syarikat (USADA).

Atlet Amerika Syarikat berusia 27 tahun itu, berjaya memenangi pingat perak dalam acara lompat kijang ketika penampilannya di dua Olimpik sebelum ini serta memenangi gangsa dalam acara lompat jauh di temasya sama pada tahun 2012.

Ujian doping positif itu, dikesan mengandungi bahan larangan clenbuterol dan menurut USADA, ia digunakan oleh pengeluar makanan kepada haiwan dan mampu menghasilkan sampel positif kepada atlet yang memakan makanan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam tempoh siasatan sampel positif itu, USADA mengkaji semula daripada pelbagai aspek iaitu tabiat pemakanan, lokasi atlet itu berada dan laporan makmal menunjukkan jumlah bahan larangan dalam sampel air kencing atlet itu.

“USADA membuat kesimpulan bahawa tidak mungkin kehadiran clenbuterol dalam sampel atlet yang dihasilkan daripada sumber selain daging yang terkontaminasi digunakan di Mexico,” katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan itu menyaksikan Claye terlepas daripada sebarang tindakan. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini