Eriksen terpaksa diketepikan Spurs - Utusan Malaysia

Eriksen terpaksa diketepikan Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Sept.- Bintang Tottenham Hotspur, Christian Eriksen belum pasti diturunkan menjelang pertembungan menentang Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara selepas dia sah diketepikan untuk aksi bertemu Huddersfield, Sabtu ini.

Eriksen bakal terlepas aksi di Stadium John Smith selepas mengalami kecederaan abdomen ketika Spurs menentang Brighton, minggu lalu.

Namun, pengurus Spurs, Maurico Pochettino berkata, perancang utamanya itu masih berpeluang untuk diturunkan apabila melayan kunjungan Barcelona dalam saingan kumpulan B, pada awal pagi 4 Oktober nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Spurs terdesak untuk menewaskan Barcelona selepas tewas pada aksi pembukaan menentang Inter Milan.

“Selepas perlawanan menentang Brighton, dia mula mengalami sedikit kesakitan di bahagian abdomen. Saya fikir ia masalah kecil, saya berharap minggu depan dia boleh kembali beraksi. Untuk bertemu Barcelona? Saya harap dia boleh bermain,” kata Pochettino.

Pochettino turut memantau perkembangan kapten, Hugo Lloris yang tidak beraksi sejak mengalami kecederaan paha ketika menentang Manchester United. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini