Polis Yunnan tumpaskan aktiviti pornografi dalam talian - Utusan Malaysia

Polis Yunnan tumpaskan aktiviti pornografi dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUNMING 27 Sept – Polis berjaya menumpaskan jenayah aktiviti pornografi secara langsung dalam talian dengan tertangkapnya 185 ahli geng itu di China dan Filipina.

Lapor Xinhua, Biro Keselamatan Awam Yunnan mengesahkan geng itu menggunakan pelayan Internet (server ) di Filipina untuk menubuhkan dua platform pornografi secara langsung dalam talian dan merekrut pekerja seks dan pengurus di China.

Menurut siasatan polis, geng itu menerima lebih daripada AS $ 14.5 juta (RM60 juta) dari video dalam talian, yang mencapai 31 wilayah di China.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis berkata, mereka telah menghabiskan lapan bulan bagi kes itu, memberkas geng tersebut di Beijing, Shanghai, Guangdong, Fujian, Guizhou dan Sichuan.

Mereka telah menyekat 350 klip video lucah dan merampas peralatan termasuk 45 telefon dan 25 komputer.

Dengan kerjasama polis Filipina, polis Yunnan ke Filipina pada Ogos lalu untuk menangkap 17 suspek termasuk pemimpin geng tersebut dikenali sebagai Yin.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini