KUALA LUMPUR 27 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan akan sentiasa memberikan sokongan kepada usahawan digital serta komited untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi maju berasaskan pengetahuan digital.
Sehubungan itu, Wan Azizah berkata, kerajaan amat mengalu-alukan rakan kongsi global terutama pemain industri digital dari luar negara yang berpengaruh untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi digital negara ini.
“Ekonomi digital adalah pemacu baru untuk pembangunan dan kini merupakan sumber utama pertumbuhan bagi dunia.
Berita berkaitan:
“Ia memberi peluang untuk meningkatkan pertumbuhan, mengembangkan pekerjaan dan mempercepatkan inovasi,”katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program inkubator keusahawanan di antara Tusstar Bussiness Incubator Co.Ltd dan Brunsfield Tussstar Sdn. Bhd. di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











