Pendaftaran pusat tahfiz tidak rumit - Khalid - Utusan Malaysia

Pendaftaran pusat tahfiz tidak rumit – Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Proses pendaftaran pusat tahfiz yang masih belum berdaftar adalah tidak rumit sebagaimana yang digembar-gemburkan pihak tertentu.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya akan melakukan kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi memastikan proses pendaftaran itu berjalan lancar.

“DBKL akan melihat infrastruktur dan tahap keselamatan pusat tahfiz sama ada sesuai atau tidak untuk beroperasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jawi pula akan memantau silibus pembelajaran di pusat tahfiz bagi memastikan piawaian yang ditetapkan kerajaan dipatuhi,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Bandar Lestari Bertaraf Dunia 2018 di Hotel Intercontinental, di sini hari ini.

Menurut Khalid, semua pemilik pusat tahfiz tidak berdaftar perlu mempunyai kesedaran untuk melakukan pendaftaran sebelum 31 Disember ini bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini