Bersatu Negeri Sembilan dibubar serta-merta ekoran masalah dalaman - Utusan Malaysia

Bersatu Negeri Sembilan dibubar serta-merta ekoran masalah dalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seluruh badan pimpinan negeri dan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan dibubarkan serta-merta ekoran masalah dalaman yang dihadapi tidak dapat diselesaikan.

Menurut Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemilihan semula kepimpinan akan dilakukan dalam masa yang terdekat.

“Terdapat terlalu banyak masalah dalaman yang tidak dapat dielakkan oleh yang demikian kita akan merombak keseluruhan pimpinan negeri dan bahagian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan ini dilakukan atas nasihat Pendaftar Pertubuhan (RoS),” katanya dalam satu sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Menara Yayasan Selangor di sini hari ini.

Tambahnya, pembubaran ini bagaimanapun tidak akan menjejaskan kempen Bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini