Pengedar dadah dicekup bersama pistol - Utusan Malaysia

Pengedar dadah dicekup bersama pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 27 Sept. – Seorang pengedar dadah dicekup bersama sepucuk pistol dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, disini pagi kelmarin.

Dalam serbuah kira-kira pukul 5 pagi itu, polis turut merampas 370 biji pil kuda dan sembilan botol dadah jenis heroin bernilai RM25,400 serta wang tunai RM666.

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanudin Hassan berkata, suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai buruh itu dicekup di hadapan rumahnya oleh pegawai sepasukan anggota Bahagian Nartotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas rumah suspek membawa kepada penemuan dadah dan senjata api jenis Revolver yang disembunyikan di dalam sebuah bilik.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 3 Oktober ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hasanudin memberitahu, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini