Pelancongan perlu beralih kepada digital - Utusan Malaysia

Pelancongan perlu beralih kepada digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Industri pelancongan berjaya menjana pendapatan negara sehingga RM82.2 bilion pada tahun lalu dengan kehadiran seramai 25.9 juta pelancong ke negara ini.

MOHAMMADDIN KETAPI
MOHAMMADDIN KETAPI 

Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Mohammadin Ketapi berkata, ini menjadikan industri ini merupakan antara penyumbang utama, iaitu 14.9 peratus kepada pendapatan negara.

“Di peringkat dunia, sebanyak 1.32 bilion pengembara telah menyeberangi pelbagai sempadan negara untuk melancong dan mengembara, yang membawa pulangan sehingga RM5.54 trilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di jangka pada 2030 jumlah ini akan meningkat sehingga 1.8 bilion pengembara dan Malaysia antara yang menjadi tumpuan kehadiran para pengembara ini, “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2018 yang bertemakan “Pelancongan Dan Era Transformasi Digital” di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang di sini hari ini.

Mohammadin berkata, industri ini antara yang menerima ledakan yang hebat akibat penggunaan dan perkembangan digital kerana para pelancong akan guna segala kemudahan dan perkhidmatan pelancongan melalui platform digital dan integrasi dari media sosial.

“Jadi saya berharap semua pengusaha dan pemain dalam industri ini segeralah beralih kepada era digital, tinggalkan kaedah lama untuk menarik kehadiran para pelancong,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini