Tiga termasuk isteri bebas tali gantung, bunuh suami sendiri - Utusan Malaysia

Tiga termasuk isteri bebas tali gantung, bunuh suami sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tiga termasuk seorang suri rumah terselamat daripada tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan daripada pertuduhan membunuh suami wanita tersebut, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Azman Husin memutuskan keputusan itu terhadap R. Yagavali, 55, dan menantunya, P. Gunalan, 33, serta rakan mereka, P. Keeshor Kumaar, 24, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan pada akhir kes pembelaan.

“Gunalan dan Keeshor juga mempunyai alibi kerana berada di majlis pengkebumian majikan Gunalan pada waktu kejadian,” jelasnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bagi mencapai niat bersama telah membunuh P. Sukumaran, 60, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Sedu, Banting, Kuala Langat.

Kesalahan itu dilakukan di antara pukul 1.30 pagi hingga 6 pagi pada 5 Oktober 2013.

Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 34.

Yagavali dan mangsa yang merupakan bekas pekerja kumbahan telah berumah tangga selama tiga tahun sehingga hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Lokman Kasim dengan telah mengemukakan seramai 17 saksi pendakwaan sejak perbicaraan kes bermula Jun 2016.

Sementara, Yagavali diwakili Peguam M. Manoharan dan Gunalan serta Keeshor Kumaar masing-masing diwakili Peguam V. Ayasamy dan A. Komathi.

Akhbar sebelum ini melaporkan Sukumaran meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Banting selepas dikelar menggunakan senjata tajam di leher, tangan dan belakang badan.  – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini