Axiata kaji semula transaksi saham M1 - Utusan Malaysia

Axiata kaji semula transaksi saham M1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Axiata Group Bhd. sedang mengkaji semula kedudukannya berhubung poten­­si kemungkinan transaksi bagi pegangan sahamnya dalam sya­rikat telekomunikasi Singa­pura, M1 Ltd.

Menurut Axiata, pengumuman lanjut mengenai transaksi akan dibuat oleh Keppel Cor­po­ration Ltd. (KCL) dan Sin­gapore Press Holdings Ltd. (SPH).

Katanya, Axiata sedang ber­bin­cang dengan institusi kewa­ngan untuk bertindak sebagai penasihat bagi mengkaji pelbagai pilihan yang ada buat kumpulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya lagi, pilihan tersebut perlu seiring dengan matlamat utama Axiata untuk terus melindungi dan meningkatkan nilai pemegang saham Axiata dan M1.

“Institusi kewangan juga akan memberi panduan kepada syarikat setelah KCL dan SPH rasmi mengumumkan cada­ngan nilai transaksi.

“Kami percaya sebarang tawaran daripada mana-mana pi­hak bukan sahaja mencerminkan dan mempertimbangkan ni­lai masa depan bagi M1 tetapi ia juga menggabungkan premium kawalan boleh diterima berdasarkan norma pasaran dan transaksi terdahulu,” katanya da­lam kenyataan di sini hari ini.

Axiata memiliki pegangan se­banyak 28.7 peratus di dalam M1 yang merupakan operator tanpa wayar yang paling kecil di Singapura.

Nilai pasaran M1 telah menurun sebanyak 59 peratus kepada S$1.51 bilion (RM4.58 bilion) sejak 2015 sementara perolehan dijangka jatuh kira-kira 1.5 peratus pada tahun ini, berdasarkan anggaran penganalisis.

Tawaran untuk M1 dijangka diumumkan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

KCL dilaporkan telah menghubungi SPH untuk mengambil bahagian dalam urus niaga yang berpotensi mengenai saham M1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini