India miliki nisbah tertinggi juruterbang wanita di dunia - Utusan Malaysia

India miliki nisbah tertinggi juruterbang wanita di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 26 Sept. – India mempunyai nisbah tertinggi juruterbang wanita di seluruh dunia pada kadar 12.4 peratus berbanding kira-kira lima peratus secara global, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan pada Rabu.

Menurut laporan akhbar harian berbahasa Inggeris, The Times of India, jumlah juruterbang wanita telah meningkat hampir dua kali ganda sejak empat tahun lepas.

Katanya, pada masa ini terdapat 1,092 juruterbang wanita di India daripada jumlah kese­luruhan 8,797 orang berban­ding 586 orang daripada jumlah keseluruhan 5,050 juruterbang pada 2014.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memetik angka yang dikeluarkan oleh Persatuan Juruterbang Wanita Antarabangsa, terdapat 7,409 juruterbang wanita di seluruh dunia yang menyaksikan nisbah sebanyak 5.2 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja juruterbang.

“Selain itu, India dikatakan telah menyaksikan pertumbuhan maksimum dalam jumlah juruterbang komersial wanita sejak kebelakangan ini,” kata­nya di sini hari ini.

Syarikat penerbangan rasmi, Air India, turut berbangga dengan penglibatan aktif juruterbang wanita di negara itu kerana terdapat kira-kira 280 juruterbang wanita di syarikat tersebut.

Ia mewakili hampir 12.8 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja juruterbang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini