Ayuh datang beramai-ramai, masuk percuma - Utusan Malaysia

Ayuh datang beramai-ramai, masuk percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Penundaan perlawanan Malaysia-Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan A, Kejohanan Bawah 16 (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang ini memberi rahmat kepada penyokong negara.

Pertarungan tersebut yang ditunda ke pukul 11 pagi esok kini boleh ditonton secara percuma, umum Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam Twitter.

Syed Saddiq menyeru penyokong agar memenuhkan stadium untuk memberi sokongan kepada anak-anak buah Lim Teong Kim yang berdepan misi ‘hidup mati’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Match (perlawanan) ditangguhkan ke esok 11 am (pagi), entry (masuk) ke stadium Bukit Jalil Percuma.

“Ini kerana perlawanan antara Tajikistan-Thailand di PJ (Stadium Arena Universiti Malaya) tidak dapat dijalankan serentak kerana hujan lebat dan padang tak boleh digunakan. Both matches must be played together. (Kedua-dua perlawanan perlu dijalankan serentak),” kataya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini