Dinding konkrit pecah, air melimpah ke Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Dinding konkrit pecah, air melimpah ke Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIMPANG PULAI – Pengguna jalan raya di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands panik apabila beberapa ketulan dinding tembok penahan konkrit laluan air yang dipasang di cerun bukit pecah sehingga menyebabkan air melimpah ke jalan di Kilometer 42 jalan tersebut di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 2.45 petang di sempadan negeri Pahang dan Perak itu, tiada mangsa dilaporkan terlibat namun beberapa ketulan konkrit dilihat berada di atas jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd. Hilmi Kashfi berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut pada pukul 4 petang sebelum sepasukan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dinding konkrit laluan air tersebut dipercayai pecah selepas hujan lebat yang turun sejak pukul 12 tengah hari.

“Pengguna dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui jalan tersebut memandangkan limpahan air masih berlaku,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Mohd. Hilmi, aliran trafik juga hanya dibuka satu lorong sahaja bagi memberi laluan kepada anggota yang melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pada pukul 5.50 petang,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini