Kereta api rempuh kereta, dua parah - Utusan Malaysia

Kereta api rempuh kereta, dua parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 26 Sept. – Dua lelaki cedera parah apabila kenderaan yang mereka dinaiki dirempuh dan diseret kereta api berhampiran Tugu Peringatan Petagas, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 petang itu, kenderaan yang dinaiki kedua-dua lelaki berusia 20-an itu sedang melintasi jalan keretapi menuju ke jalan besar apabila di rempuh oleh sebuah keretapi dan diheret kira-kira 20 meter.

Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata kedua-dua mangsa yang mengelami kecederaan parah telah dihantar ke hospital berhampiran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita menerima panggilan kecemasan pukul 1.18 petang dan dua jentera bersama 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian dan operasi tamat pada pukul 1.47 petang,” katanya. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini