Tahfiz jadi mangsa pentadbiran diktator? - Utusan Malaysia

Tahfiz jadi mangsa pentadbiran diktator?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Pusat tahfiz didakwa menjadi mangsa akibat pemerintahan bersifat diktator yang mahukan sekolah tersebut ditutup walaupun terdapat pelbagai pusat hiburan haram lain berleluasa di ibu negara.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pusat tahfiz sering menjadi sasaran untuk ditutup setiap kali berlakunya beberapa kejadian tidak diingini seperti kebakaran dan kes liwat pelajar.

Jelas beliau, kenyataan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup semua pusat tahfiz tidak berdaftar seolah-olah arahan daripada seorang pemerintah bersikap diktator.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berkata ‘menteri yang ada wilayah’, sekiranya (pusat tahfiz) tidak berdaftar, kami tidak teragak-agak untuk menutupnya. Kedengaran bagai titah seorang pemerintah diktator. Mungkin juga kerana baru peroleh kuasa.

“Malangnya, pusat tahfiz juga lah yang sering menjadi sasaran. Sebelum ini apabila berlaku kebakaran atau guru liwat murid, maka setiap kali itu ada suara minta pusat tahfiz ditutup. Berbeza alasan kali ini, disebabkan tidak berdaftar, jadi pusat tahfiz itu mesti ditutup dan ia diarahkan sendiri oleh menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Khalid semalam berkata, tindakan secara menyeluruh akan dilaksanakan DBKL kepada mana-mana pusat tahfiz yang masih belum berdaftar dengan kerajaan dan giat beroperasi secara haram.

Tindakan tersebut adalah susulan kes sebuah pusat tahfiz tidak berdaftar yang terpalit kontroversi kes liwat pelajarnya di Kepong, baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini