Mujahid digesa berhati-hati ketika menuduh Zakir - Utusan Malaysia

Mujahid digesa berhati-hati ketika menuduh Zakir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof digesa lebih berhati-hati ketika membuat tuduhan terhadap pendakwah perbandingan agama terkenal, Dr. Zakir Naik agar tuduhan dilakukan itu tidak memberi implikasi kepada diri sendiri.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam merangkap Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Amini Amir Abdullah berkata, kritikan melulu Mujahid terhadap pendakwah antarabangsa itu menunjukkan beliau tidak peka dan prihatin terhadap sensitiviti umat Islam di negara ini.

Malah, Amini Amir turut mempersoal sekiranya Ahli Parlimen Parit Buntar itu boleh berdialog dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), mengapa pula beliau tidak memanggil Zakir untuk berbincang terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan sedemikian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adakah tuduhan Mujahid ini benar? Bagi mereka yang mengikuti secara rapat pendekatan dakwah Zakir, sudah pastinya tidak setuju dengan tuduhan itu yang lebih bersifat prejudis, penuh prasangka dan tanpa penyiasatan serta kajian teliti. Ini kerana beliau dikenali sebagai pendakwah paling cemerlang abad ini dalam menyebarkan dakwah dan mesej Islam serta mengislamkan ramai orang bukan Islam berbanding dengan mana-mana pendakwah sekalipun.

“Jika pendekatan dakwahnya mencaci agama lain, mana mungkin beliau berjaya menarik ramai orang bukan Islam memeluk Islam dan menarik perhatian serta kefahaman umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar dan tulen. Oleh itu, Perkasa menggesa Mujahid lebih berhati-hati dalam membuat tuduhan terhadap Zakir. Janganlah hanya membaca teks yang dibuat orang lain tanpa ada sebarang usul periksa dan kajian yang tuntas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini