Warga emas rugi RM16,000 disamun - Utusan Malaysia

Warga emas rugi RM16,000 disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 26 Sept. – Seorang wanita warga emas kerugian RM16,000 selepas barang kemasnya disamun dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di rumahnya di Tendong, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang, Wan Habsah Wan Yaakob, 71, turut mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan tengkuk selepas gelang tangan dan rantai miliknya direntap oleh salah seorang suspek.

Difahamkan, ketika itu, mangsa bersama suami, Wan Hamat Wan Yaakub, 80, sedang berehat di rumah mereka sebelum suspek tiba dengan menaiki motosikal dan memperkenalkan diri mereka sebagai kakitangan JKM.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suspek kemudian mengemukakan borang permohonan bantuan dan mengambil gambar kawasan sekitar rumah sebelum meminta pasangan warga emas berkenaan menurunkan tandatangan masing-masing di atas kertas.

Ketika mangsa menandatanganinya, salah seorang suspek secara tiba-tiba bertindak mengacukan pisau ke bahagian perut suami wanita berkenaan.

Sementara itu, rakannya pula terus menekan bahagian tengkuk mangsa dan merentap rantai serta gelang tangan wanita itu sebelum kedua-duanya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan suspek terlibat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini