Polis berkas dua lelaki anjur judi loteri haram - Utusan Malaysia

Polis berkas dua lelaki anjur judi loteri haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 26 Sept. – Dua lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki menjalankan kegiatan judi loteri haram di Bandar Baru Ayer Hitam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 3.10 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan.

Katanya, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2,098 dan beberapa peralatan yang digunakan untuk aktiviti berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa sama, polis masih menyiasat sejak bila mereka menjalankan kegiatan judi loteri ini,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kedua -dua suspek akan direman bagi membantu siasatan mengokut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Pada masa sama, Che Zaimani berkata, orang awam yang mempunyai maklumat tentang kegiatan perjudian di daerah ini boleh menyalurkan maklumat kepada polis menerusi talian 04-2181844 dan pemberi maklumat akan dilindungi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini