Universiti perlu kerja lebih keras - Utusan Malaysia

Universiti perlu kerja lebih keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Sept. – Universiti-universiti digesa bekerja dengan lebih keras dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja mempunyai kebolehpasaran tetapi juga yang boleh bersaing dalam dunia tanpa sempadan kini.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pelajar perlu dipersediakan dalam menghadapi revolusi Industri Keempat (Industri 4.0).

“Kita juga memerlukan lebih banyak syarikat untuk bekerjasama rapat dengan universiti-universiti kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dan universiti pada masa sama, perlu mengangkat industri dalam membangunkan penyelidikan terkini serta membina tenaga kerja dengan perspektif antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Huawei Malaysia Seed for the Future 2018 di sini hari ini.

Sebanyak 10 pelajar universiti dari bidang kejuruteraan elektronik dan sains komputer dari negara ini telah memenangi lawatan sambil belajar ke China di bawah program tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini