Lima sistem rawatan air bersih bakal dibina di Cox's Bazar - Utusan Malaysia

Lima sistem rawatan air bersih bakal dibina di Cox’s Bazar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Muslim Malaysia (MVM) dengan kerjasama Pasukan Tindakan dan Kebajikan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imaret) akan membina lima lagi sistem rawatan air selamat di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh pada Disember ini.

Sebelum ini, lima sistem rawatan air telah dibina dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu yang dapat membekalkan 12,500 liter air selamat kepada 6,000 pelarian sehari.

Koordinator Imaret, Dr. Ahmad Munawar Helmi berkata, apabila keseluruhan 10 sistem air rawatan air dibina di kem pelarian itu nanti ia akan menyumbangkan 10 peratus air bersih di kawasan berkenaan yang mempunyai kira-kira 600 000 pelarian setakat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini banyak badan bukan kerajaan (NGO) di dunia membina telaga air di kem pelarian itu tetapi selepas setahun pelbagai masalah lain timbul kerana air itu tercemar.

“Ada yang sakit perut dan terkena wabak penyakit akibat air telaga itu kerana air itu tidak boleh diminum terus,” ujar beliau.

Bekalan air bersih dan selamat sangat diperlukan di Cox's Bazar.
Bekalan air bersih dan selamat sangat diperlukan di Cox’s Bazar.

 

Tambahnya, disebabkan itu pihaknya dan MVM bekerjasama untuk menghasilkan bukan sahaja sistem air bersih malahan ia selamat untuk diminum tanpa perlu dimasak.

Sementara itu, Kata Presiden MVM, Muhammad Jantan, mulai hari ini pihaknya akan mengumpulkan dana sebanyak RM300,000 bagi membina lima lagi sistem air bersih itu di kem pelarian itu yang dijangka dimulakan pada Disember ini.

“Badan korporat dialu-alukan menyumbang dan sumbangan akan mendapat pelepasan cukai,” jelasnya.

Mengulas lanjut sistem air bersih itu, Muhammad menjelaskan, lima sistem itu dijangka akan dipasang di lima lokasi berbeza di kem pelarian berkenaan bakal dimanfaat 30,000 pelarian.

“Sistem air selamat itu berkuasa solar dan boleh digunakan melebihi 10 tahun dan komuniti pelarian di situ akan dilatih untuk penyelenggaran alat berkenaan.

Beliau menjelaskan, sistem yang sama juga pernah dipasang di Dabong, Kelantan selepas berlaku banjir besar di kawasan berkenaan beberapa tahun lalu bagi menjamin penduduk sekitar mendapat air selamat dan bersih.

Bagi maklumat lanjut untuk sumbangan pembinaan sistem air selamat itu boleh layari Facebook dan Instagram MVM dan Imaret atau layari laman web www.mvm.org.my . – K! ONLINE

Ahmad Munawar (kiri) dan Muhammad menunjukkan gambar sistem air bersih yang telah dibina di kem pela
Ahmad Munawar (kiri) dan Muhammad menunjukkan gambar sistem air bersih yang telah dibina di kem pelarian Cox’s Bazar sebelum ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini