Suspek bunuh ibu direman seminggu - Utusan Malaysia

Suspek bunuh ibu direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU 26 Sept. – Seorang lelaki berusia 29 tahun direman selama seminggu bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang wanita warga emas yang disorokkan dalam tangki najis di Kampung Sungai Burung di sini, 19 September lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Dalam kejadian tersebut, mayat mangsa, Faridah Hashim, 63, yang juga ibu kandung suspek dijumpai menantu lelakinya dalam tangki najis di belakang rumah mereka kelmarin dalam keadaan menyayat hati selepas dilaporkan hilang pada tarikh dia dibunuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, di mahkamah yang sama, Nur Azzuin turut mengeluarkan perintah reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung satu perkelahian berhampiran bulatan Bayan Indah dekat Queensbay di Bayan Lepas di sini, kelmarin.

Terdahulu, lelaki yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah itu ditahan di Teluk Kumbar dekat sini pukul 12.15 tengah hari semalam selepas polis menerima aduan daripada mangsa berhubung kejadian itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini