Kerajaan boleh saman individu - Utusan Malaysia

Kerajaan boleh saman individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Sept. – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan negeri boleh mengemukakan saman terhadap Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri boleh menyaman individu atas dakwaan fitnah.

Kuorum berkenaan menolak prinsip Derbyshire (individu yang memegang jawatan kerajaan tidak boleh menyaman, berdasarkan kes Derbyshire County melawan Times Newspapers Ltd. di Britain pada 1993) kerana negara mempunyai undang-undang sedia ada, termasuk Akta Prosiding Kerajaan 1956 (GPA).

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan agar kes saman terhadap Chieng Jen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuching untuk perbicaraan selepas membenarkan sebahagian rayuannya.

Kerajaan Negeri Sarawak memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu pada tahun 2012 selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang kemudian dilaporkan oleh beberapa organisasi berita, termasuk Malaysiakini dan Sin Chew Daily. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini