Rasuah penguat kuasa, pekebun warga Bangladesh didakwa - Utusan Malaysia

Rasuah penguat kuasa, pekebun warga Bangladesh didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang lelaki warga Bangladesh yang merupakan pekebun sayur di Cameron Highlands mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan memberi rasuah berjumlah RM5,000 kepada Timbalan Komander Operasi Op Gading, Sanifah Yusof, tiga tahun lalu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Rayhan Shahid, 45, membuat penagakuan berkenaan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hakim, Mohd. Ghazali Mohamad Taib.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Bogra itu didakwa secara rasuah memberi suapan sebanyak RM3,000 bagi pertuduhan pertama di Coffee House, Hotel Heritage, Jalan Gereja, Tanah Rata, Cameron Highlands pada 13 Mei 2015 kira-kira pukul 11 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi pertuduhan kedua, Rayhan memberi rasuah sebanyak RM2,000 kepada Sanifah di sebuah restoran Strawberry Park Resort, Tanah Rata, Cameron Highlands pada 21 Mei 2015 kira-kira pukul 10.15 malam.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Sek­syen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai su­apan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan Rayhan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 17 Oktober ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh­ Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Siti Sarah Zainal Abiddin manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Zakuan Mokhtar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini