Dr. Hasnita Hashim pengerusi baharu Mara - Utusan Malaysia

Dr. Hasnita Hashim pengerusi baharu Mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Sept. – Pengerusi Maybank Asset Management Group, Dr. Hasnita Hashim dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baharu.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Hasnita yang juga Ahli Lembaga Pengarah Maybank Banking Berhad itu mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang Nuklear Fizik dari Universiti Oxford.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan enam ahli Majlis Mara yang baharu, mereka ialah Prof. Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak, Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin, Datuk Syed Tamim Ansari Syed Mohamed, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan Zakri Khir.

Pelantikan Hasnita itu menjawab segala tanda tanya mengenai siapakah bakal dilantik memegang jawatan penting itu selepas Kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negara.

Jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang dilantik pada 1 September tahun lalu. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini