Kaeser Kompressoren perluas ke Asia Tenggara - Utusan Malaysia

Kaeser Kompressoren perluas ke Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Kaeser Kompressoren Sdn. Bhd. memperluaskan lagi aktiviti dari pangkalan di Malaysia untuk memanfaatkan potensi dalam pasaran Asia Tenggara.

ERIC GAN

Pengarah Urusan Kaeser Kompressoren, Eric Gan berkata, pelan peluasan kumpulan melibatkan pemindahan teknologi dari Jerman bagi beberapa produk.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, buat masa ini, syarikat sedang merancang untuk memasang produk baharu iaitu skru blower di Malaysia dan dijangka dapat diperkenalkan pada awal 2019.

“Menarik tentang produk ini yang disasarkan buat pemain industri petrokimia, marin loji jana kuasam ia belum lagi dihasilkan oleh negara Asia dan Malaysia akan menjadi yang pertama di dalam rantau ini.

“Kami menyasarkan pengeluaran di antara 200 hingga 300 unit skru blower setahun,” katanya dalam sidang akhbar sempena Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSEC) 2018 di sini hari ini.

Selain daripada skru blower, Kaeser Kompressoren turut membuat pemasangan tempatan bagi beberapa produk lain.

Kerja-kerja pemasangan pro­duk dilakukan di kilang Kaeser Kompressoren di Shah Alam yang melibatkan pelaburan bernilai RM42 juta.

Ujar Eric, kilang tersebut adalah tumpuan utama pemasangan teknikal, penyesuaian dan pembungkusan pemampat (compressor) bagi seluruh Asia Tenggara dan Asia Timur.

“Kilang kami di Shah Alam sedang berjalan pada kapasiti sebanyak 85 peratus dan dengan rancangan untuk diperluaskan lagi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Melangkah ke hadapan, Kaeser Kompressoren bersedia memanfaatkan revolusi Industri Keempat (Industri 4.0),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini