SAUDARA PENGARANG,
RAMAI salah faham isu straw sebagai bantahan orang ramai kerana enggan berhenti menggunakan straw plastik sebaliknya pengguna bimbang peniaga akan menggunakan alasan isu tersebut untuk menaikkan harga minuman.
Lihat sahaja bagaimana harga telur pun tidak mampu dikawal selepas pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST), sejauh mana penguat kuasa dapat mengekang peniaga menggunakan isu straw untuk menaikkan harga?
Walaupun kos satu straw tidak sampai satu sen, peniaga sudah bersedia menaikkan caj minuman sekurang-kurangnya 10 sen dengan pelbagai alasan termasuk menggunakan straw jenis lain.
Sekarang pun air Milo sudah lebih RM3, teh O ais RM2 malah air kosong tidak kurang 30 sen. Dengan alasan isu straw, berapa pula harga minuman selepas ini.
STRAW KERTAS
Kuala Lumpur











