Kesal kenyataan Mujahid - Utusan Malaysia

Kesal kenyataan Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG.
KENYATAAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusuf yang mengatakan akan menutup sekolah tahfiz yang mana pengetuanya dituduh meliwat pelajar amatlah dikesali, umpama ada dendam beliau dengan pusat tahfiz malah selari dengan pendirian mereka yang anti-Islam.

Jika pengetua yang melakukan kesalahan, jangan dibabitkan kakitangan dan pelajar yang lain tetapi yang peliknya, kes lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) boleh pula menteri agama ini mengeluarkan pendapat membela pelaku hinggakan zakat pun mahu diberi.

Kenyataan untuk menutup pusat tahfiz amat disokong oleh rakan-rakan politik bukan Islam dalam kerajaan, begitu juga berlembut dengan LGBT serta membantah hukuman sebat di khalayak ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apakah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam Diraja dan pelbagai agensi lain juga akan dibubarkan apabila berlaku kesalahan individu?

Kenapa bila berkait rapat dengan nama Islam cepat sahaja mereka yang anti-Islam bertindak? Jika ada pelanggaran undang-undang, janganlah libatkan keseluruhan agama Islam. hukumlah pelakunya.

Begitu juga semasa mula-mula melantik Peguam Negara dan Menteri Kewangan bukan Islam, ada orang bertanya pada ustaz-ustaz popular di media sosial tentang lantikan dalam kalangan bukan Islam.

Sepatutnya ustaz-ustaz ini menjawab, mereka dilantik sebab ada kepakaran. Tetapi jawapan yang diberi, ‘habis tu kalau bagi jawatan itu pada orang Islam pun mereka menyamun duit rakyat apa salah kita bagi pada yang bukan Islam’.

Begitukah jawapan dari golongan ustaz? Seolah-olah sudah tiada lagi orang Islam yang betul-betul jujur menjalankan tanggungjawab hingga terpaksa lantik bukan Islam. Jangan satu hari nanti mufti pun kita lantik orang bukan Islam?

AZIZIM

Tanjung Malim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini