Pemergian Pak Ngah diratapi penggiat seni - Utusan Malaysia

Pemergian Pak Ngah diratapi penggiat seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Senda gurau dan gelak ketawa bersama Allayharham Datuk Suhaimi Md. Zain atau lebih kenali sebagai Pak Ngah kini menjadi kenangan manis dan memori yang tidak dapat dilupakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhalizai.

Menurut penyanyi lagu Sesuci Lebaran itu, beliau sangat mengagumi semangat Allahyarham yang tidak pernah jemu memperjuangkan seni muzik irama Malaysia.

Katanya, sebagai individu yang telah banyak berjasa pada awal pembabitannya dalam dunia seni, Siti menyifatkan komposer berusia 60 tahun itu sebagai bapa dan juga ikon kepada muzik tradisional nusantara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara yang paling saya rindui ialah gurau senda dan tawa komposer yang turut mencipta beberapa lagu raya yang sehingga ke hari ini masih diterima ramai seperti Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, Anugerah Aidilfitri dan Air Mata Syawal. 

“Beliau antara insan yang mula-mula menjaga saya dan bekerjasama dalam menghasilkan lagu-lagu tradisional. Saya doakan Allahyarham pergi dalam keadaan husnul khotima (kebaikan),” katanya kepada Kosmo!.

Dalam pada itu, penulis lirik yang kerap bekerjasama dengan Allahyarham sekitar tahun 1990-an, Khairul Anuar Harun turut bersedih tatkala mendengar berita kematian Pak Ngah.

Jelasnya, sebagai individu yang bertanggungjawab memperkenalkan dirinya ke persada seni, Pak Ngah banyak memberi tunjuk ajar terutama dalam penghasilan lagu bergenre irama Malaysia.

“Saya berasa sedih atas pemergiaannya dan ia seperti satu kehilangan besar kepada negara terutama di persada seni muzik tradisional,” ujarnya.

Pak Ngah disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit provinsi Tanjung Pinang, Indonesia pada petang Selasa dan dipercayai akibat serangan jantung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini