28,251 calon duduki UPSR di Kelantan - Utusan Malaysia

28,251 calon duduki UPSR di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seramai 28,551 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) negeri ini menduduki peperiksaan itu yang bermula sejak Khamis lalu sehingga 27 September ini.

Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan negeri, terdapat 446 pusat peperiksaan dibuka di semua daerah melibatkan 2,823 petugas.

 “Calon-calon meliputi murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) seramai 26,853 orang, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina 850 orang,  SJK Tamil seorang calon, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) 66 orang, Yayasan Islam Kelantan (YIK) 303 orang dan 478 calon persendirian.

Memuatkan artikel berkaitan…

 “Peperiksaan telah bermula pada 20 September lalu dengan kertas Bahasa Cina dan diikuti kertas Bahasa Melayu hari ini,” katanya di sini hari ini.

 Sebanyak 26 calon berkeperluan khas turut mengambil UPSR termasuk calon bermasalah penglihatan manakala seramai 13 calon pula menduduki peperiksaan di hospital. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini