Anwar bagi amaran calon pemilihan tawar projek kepada ahli - Utusan Malaysia

Anwar bagi amaran calon pemilihan tawar projek kepada ahli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud dalam kalangan calon pemilihan PKR menawarkan projek kepada ahli semata-mata untuk meraih undi.

Calon Presiden PKR yang menempelak tindakan itu memberi amaran tidak akan berkompromi dengan perbuatan kotor pihak berkenaan dan bersedia menyingkirkan mereka daripada parti.

“Jangan kerana ada kuasa, mahu ugut orang supaya bagi undi dalam PKR. Orang macam ini jika tanding dalam PKR kena tendang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Presiden sekarang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dia baik sikit, tunggu saya jadi Presiden saya lesing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Hari Malaysia anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api di sini hari ini.

Hadir sama, Pembantu Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Christina Liew yang juga Pengerusi PKR negeri.

Dalam pada itu, beliau turut kesal dengan insiden baling kerusi dalam pemilihan parti sehingga dua pemilihan di peringkat negeri Kedah dan Pulau Pinang terpaksa ditangguh semalam.

Katanya, tindakan seperti itu tidak sepatutnya wujud dalam pemilihan parti yang memberi peluang kepada semua ahli untuk mengundi.

“Saya punya jawapan, orang yang baling kerusi kita akan baling dia keluar daripada PKR, kena ikut peraturan,” tegasnya. – K! ONLINE

Anwar hadir di Kota Kinabalu sempena Sambutan Hari Malaysia anjuran DUN Api-Api hari ini. Foto oleh
Anwar hadir di Kota Kinabalu sempena Sambutan Hari Malaysia anjuran DUN Api-Api hari ini. Foto oleh IRWAN MAJID
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini