Lelaki maut tersepit kepala lori - Utusan Malaysia

Lelaki maut tersepit kepala lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Sept.- Seorang lelaki maut akibat tersepit kepala lori dalam kejadian di Taman Industri Bolton, Selangor di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi ketika mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Ridzwan, 36, sedang melakukan kerja-kerja pembaikan kepala lori tersebut.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, ketika sedang melakukan kerja pembaikan, kepala lori itu tiba-tiba bergerak sebelum menghimpit mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, mangsa tersepit di antara kepala lori dan kontena yang diletakkan di berhampiran lori tersebut.

“Mangsa berjaya dibawa keluar namun disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini