Aizat dikritik kongsi tips kurus - Utusan Malaysia

Aizat dikritik kongsi tips kurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Sept.- Menyedari berat badannya yang sedikit berisi, penyanyi Aizat Amdan kini kembali mengamalkan pemakanan yang lebih sihat dan seimbang.

Penyanyi lagu Hari-Hariku itu akui faktor sukar mengawal selera pemakanan menjadi penyebab beratnya naik mendadak kepada 88 kilogram (kg).

“Beberapa tahun lalu saya pernah berdepan dengan berat badan berlebihan hingga mencecah 113 kg tetapi saya berusaha untuk turunkan berat sampai 78 kg.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahun ini saya sendiri sedar perubahan bentuk badan yang sedikit meningkat. Jadi, sasaran saya sebelum hujung tahun ini mahu menurunkan berat badan hingga 75 kg.

“Kalau mengikut ketinggian saya, anggaran angka 75 kg itu adalah berat ideal untuk seorang lelaki seperti saya,” ujarnya.

Sementara itu, Aizat juga mahu berkongsi tips dan rutin hariannya dalam menurunkan berat badan secara sihat menerusi Vlog Aizat di Youtube.

“Apa salahnya saya gunakan medium itu untuk kongsi cara saya turunkan berat badan kepada orang lain.

“Kadangkala ada yang meninggalkan komen serta mengkritik kaedah saya turunkan berat badan itu tidak betul. Saya hanya jadi diri sendiri dan ini adalah cara saya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini