Pencanting batik sambilan mengaku salah melakukan persediaan melacur - Utusan Malaysia

Pencanting batik sambilan mengaku salah melakukan persediaan melacur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Seorang pencanting batik sambilan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas kesalahan membuat persediaan untuk melacurkan diri pada minggu lalu.

Hakim Syarie Rosdi Harun memutuskan demikian selepas wanita berusia 30 tahun tersebut membuat pengakuan bersalah setelah pertuduhan dibacakan.

Beliau memberitahu hukuman terhadap tertuduh bakal dijatuhkan pada prosiding di mahkamah tinggi sama pada Khamis ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wanita terbabit yang merupakan ibu tunggal berdepan dengan hukuman sebatan sehingga enam kali, penjara tidak lebih tiga tahun dan denda maksimum RM5,000 mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 jika sabit kesalahan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan tersebut ditahan dalam satu operasi cegah maksiat dilakukan pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama 
Islam Terengganu di sebuah bilik hotel di bandar raya ini pada pukul 11.45 malam, 17 September lalu.

Tertuduh yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun ditahan dengan berpakaian mengghairahkan bersama seorang lelaki dipercayai pelanggannya di dalam bilik hotel berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Khasmizan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili penguam bela. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini