[VIDEO] Pendaki hilang 6 hari ditemukan selamat - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pendaki hilang 6 hari ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 23 Sept. – Seorang pemuda yang dilaporkan hilang semasa mendaki Gunung Singai, Bau di sini, sejak enam hari lalu ditemukan selamat pagi tadi.

Mangsa, Stanley Kho, 22, dijumpai kira-kira pukul 8.40 pagi dalam keadaan lemah.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Tiong Ling Hii berkata, mangsa dijumpai pada jarak 300 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, laluan dari PKB ke lokasi mangsa perlu mendaki dengan kecuraman 80 darjah.

“Setakat ini, usaha membawa turun mangsa sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, kira-kira pukul 8.10 pagi, beberapa penduduk kampung terdengar orang meminta tolong dan mereka terus memanggil pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bagi mendapatkan bantuan.

Pada Isnin lalu, mangsa yang mendaki gunung itu secara bersendirian dilaporkan hilang pada pukul 8.30 pagi keesokannya.

Kehilangan mangsa disedari rakan-rakannya yang ternampak kereta Stanley di kaki gunung berkenaan.

Stanley juga sempat menghubungi rakannya menerusi aplikasi Wechat pukul 10.05 pagi Isnin lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini