[VIDEO] Ahli gesa guna undi manual - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ahli gesa guna undi manual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 22 Sept. – Ahli PKR menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengkaji semula langkah parti itu yang julung-julung kali menggunakan kertas undi digital menerusi sistem e-undi dalam pemilihan yang bermula hari ini.

Ahli PKR Cabang Alor Setar, Zolkifli Shafie, 56, berkata, penggunaan sistem e-undi yang merupakan satu langkah baik dalam usaha melancarkan proses pengundian namun masih mempunyai kelemahan.

“Apabila tahu pemilihan ditunda disebabkan masalah sistem, saya berasa agak kecewa kerana sudah menunggu di sini (Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman) dari pukul 7 pagi lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak yang mengendalikan pemilihan ini juga perlu menyediakan kertas undi secara manual sebagai langkah soko­ngan apabila sistem e-undi tersebut tergendala,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Sementara itu, seorang lagi ahli PKR, Kamis Mihat, 60, menyifatkan proses pengundian tidak sepatutnya terhad kepada penggunaan sistem e-undi semata-mata.

“Sebagai orang lama, saya memilih untuk menggunakan sistem pengundian manual kerana bukan semua ahli mahir menggunakan sistem baharu tersebut.

“Kegagalan memastikan sistem e-undi mampu berfungsi dengan baik telah menyebabkan pemilihan yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi terpaksa ditunda ke tarikh lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR negeri, Ir. Zamri Yusof memberitahu, pihaknya akan mencadangkan kepada JPP supaya pemilihan cabang yang ditangguhkan di negeri ini diadakan selepas Pilihan Raya Kecil (PKR) Parlimen Port Dickson.

“Ini bagi membolehkan jentera kita memberi tumpuan untuk membantu dalam kempen PRK Parlimen Port Dickson yang bakal berlangsung 13 Oktober ini. Pada masa sama, tempoh tersebut juga memberi peluang kepada pihak JPP untuk memastikan sistem e-undi dapat berjalan lancar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini