Beri ruang PH mentadbir - Utusan Malaysia

Beri ruang PH mentadbir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak wajar menuduh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang lebih dahsyat daripada UMNO yang memerintah 60 tahun kerana jika Pas memerintah negara pun akan menjadi lebih kurang sama sahaja.

Semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum bahawa PH adalah parti gabungan yang baru sahaja belajar memerintah negara ibarat anak kecil baru belajar bertatih. Baru belajar bertatih lebih 100 hari sudah kedengaran pemimpin pembangkang veteran mengkritik kepimpinan PH.

Sepatutnya pemimpin pembangkang memberi pandangan atau komen yang bersifat positif demi pembangunan negara, bukannya pandangan negatif seolah-olah mahu meranapkan institusi kerajaan berperlembagaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seruan dan harapan kami sebagai rakyat Malaysia yang setia ialah biarkan kerajaan PH membentuk corak acuan pemerintahannya kerana mereka mempunyai masa selama lima tahun untuk membentuk sebuah kerajaan yang mantap.

Pemimpin baik daripada pihak pembangkang atau kerajaan jangan bimbang kerana rakyat Malaysia akan menjadi ‘hakim’ kepada pemerintahan mereka.

Segala ketidakpuasan hati tentang pemerintahan kerajaan PH akan diadili dengan baik dan saksama oleh rakyat dengan sebaik-baik mungkin melalui pilihan raya akan datang.

OUI SAL

Tanah Merah, Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini