Garis panduan aktiviti hiburan di pulau pelancongan Terengganu akan dikeluarkan segera - Utusan Malaysia

Garis panduan aktiviti hiburan di pulau pelancongan Terengganu akan dikeluarkan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Terengganu akan mempercepatkan langkah mengeluarkan garis panduan bagi mengawal selia aktiviti hiburan di pulau-pulau pelancongan di negeri itu. 

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, garis panduan itu sedang dirangka dan akan dikeluarkan selewat-lewatnya awal tahun depan. 

“Memandangkan kemasukan ke pulau-pulau di Terengganu akan ditutup sepenuhnya dari Oktober hingga awal Januari berikutan monsun, jadi kita akan ambil kesempatan tempoh itu untuk keluarkan garis panduan ini dalam memastikan insiden yang berlaku baru-baru ini tidak berulang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Tren ETS Berpaparan Beautiful Terengganu Malaysia’ di KL Sentral di sini hari ini.  

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau mengulas mengenai 10 individu termasuk tiga wanita ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ketika asyik berpesta arak di dua pusat hiburan di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu, Selasa lepas.

Aktiviti hiburan di pantai Pulau Perhentian. - Foto media sosial
Aktiviti hiburan di pantai Pulau Perhentian. – Foto media sosial

Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri tidak menghalang pengunjung melakukan aktiviti hiburan di pulau yang dilawati namun perlu mematuhi adab dan peraturan yang ada bagi menjaga keharmonian pengunjung lain. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini