SHAH ALAM 21 Sept. – Jumlah kematian dipercayai akibat keracunan arak di Selangor meningkat kepada 22 orang hari ini setakat setakat pukul 8 pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, angka itu meningkat daripada 20 kematian yang dicatatkan semalam dengan dua mangsa terbaharu itu masing-masing warga Myanmar dan Nepal berusia 30-an.
“Mangsa warga Nepal meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh manakala warga Myanmar di Hospital Kuala Lumpur.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Seramai 22 mangsa masih menerima rawatan di beberapa hospital di sekitar Lembah Klang manakala 14 lagi telah dibenarkan keluar hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











